Kanun Tanah Negara

    LATAR BELAKANG     
 
Kanun Tanah Negara (KTN) merupakan undang-undang tertinggi di Semenanjung Malaysia mengenai urusan pentadbiran tanah. Ia tidak terpakai di negeri Sabah, Sarawak dan WIlayah Persekutuan Labuan. Tiada apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh apa-apa pelaksanaan lampau atau apa-apa yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang tanah terdahulu, setakat mana ianya mengenai tanah, peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang lain yang diluluskan sebelum bermulanya kuatkuasa Akta ini.
 
Kecuali setakat mana yang diperuntukan dengan nyata sebaliknya, tiada apa dalam Akta ini boleh menyentuh peruntukan-peruntukan:
 
  • Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai pemegang adat;
  • Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai rizab Melayu dan pemegangan Melayu.
  • Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai perlombongan.
  • Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai tanah kesultanan.
  • Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai wakaf dan bait-ul-mal.
  • Enakmen Penempatan Terengganu, 1356.
  • Ordinan Penanaman Padi (mengawai sewa dan menjamin pemegangan), 1955.
  • Ordinan Penempatan Tanah Kelantan, 1955.
  • Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.
  • Enakmen Penempatan Tanah Perlis 1960.
  • Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai pengecualian dari pembayaran hasil tanah.