Perutusan Ketua Jabatan

ptd

 

 

 

 

 

 

 

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

bismillah

Alhamdulillah,dengan izin Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, laman web Rasmi Pejabat Tanah Baling dapat disempurnakan. Mewujudkan laman web rasmi Pejabat Tanah Baling merupakan satu inisiatif dalam menyahut visi Transformasi Sektor Awam Malaysia yang bertaraf dunia dan selaras dengan program kerajaan elektronik (e-Government). Ia juga bagi memenuhi kehendak dan ekspektasi rakyat yang semakin meningkat disamping menjadi medium dalam “Merakyatkan Perkhidmatan Awam”.

Diharap agar laman web ini dapat membantu memberi  maklumat yang tepat dan terkini berkaitan pentadbiran tanah kepada pelanggan yang berurusan dengan Pejabat Tanah Baling. Pentadbiran ini juga berharap mendapat maklum balas dari pelanggan melalui Borang Kajian Kepuasan Pelanggan dan Ruang Aduan yang telah disediakan.

         

Sekian, terima kasih.

 

Ilias Bin Shuib,AMK.,BCK.

Pentadbir Tanah Daerah Baling