Mengenai Kami

# Sumber : BUKU PERASMIAN BANGUNAN BARU PEJABAT DAERAH DAN TANAH BALING 7 OGOS 1989

 

page1

page2

 

Mukaddimah

Sejarah perkembangan Pejabat Daerah danPejabat Tanah Baling telah berlalu dengan beberapa peristiwa yang menarik untuk dikaji. Sehingga kini didapati sejarahnya belum pernah dibuat kajian secara terperinci oleh mana-mana pihak. Dengan masa yang begitu suntuk ,maka penulisan sejarah dan latar belakang ini sudah pasti tidak lengkap tetapi dipercayai dapat dijadikan sebagai permulaan untuk kajian-kajian yang lebih mendalam. Dalam masa yang begitu singkat tulisan ini hanyalah didasarkan kepada hasil temubual dengan beberapa orang penduduk lama/orang tua di daerah ini

Pejabat Daerah

Pejabat daerah yang pertama didirikan dengan bangunan kayu di kawasan Pejabat Majlis Daerah Baling sekarang ini. Ketika itu seluruh kawasan tersebut dikelilingi oleh sawah padi. Pejabat Polis atau Rumah Pasung ketika itu terletak di tapak Panggung wayang manikam yang ada sekarang .

Didalam tahun 1955, Pejabat Daerah danPejabat Tanah telah dipindahkan kesebuah bangunan baru yang didirikan dengan perbelanjaan sebanyak RM125,000 dan disempurankan perasmiannya oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang ketika itu menjadi Raja Muda Negeri Kedah Darulaman.

Pegawai Daerah

Dari penyelidikan singkat yang dibuat, Pegawai Daerah yang bertugas dalam tahun-tahun 1960-an hingga sekarang sahaja yang dapat dikesan dengan jelas. Manakala yang sebelumnya hanya dapat dicatatkan berasaskan pada ingatan orang-orang tua yang ditemubual sahaja. Sebelum merdeka, antara nama-nama Pegawai Daerah yang disebutkan termasuklah Encik Mat Deli, EncikDaim, Tuan Syed Mohammad, Tuan Syed Abu Bakar, PakwanChikdan Tuan Syed Alwi. Pegawai-pegawai yang bertugas selepas itu adalah seperti berikut :-

  1. Ahmad bin Mohamad Isa ( Che Mad Deli ) 1920-an
  2. YM Tunku Ismail bin Tunku Ismail bin TunkuYahaya1930-an
  3. Che Abdul Daim bin MohdSenawi1930-an
  4. Syed Sheh bin Syed Abdullah Shahabudin1930-an
  5. Syed Abu Bakar bin Syed ShehShahabudin1940-an
  6. Wan Basor Ali ( Pak Wan Chik ) 1940-an
  7. Syed Alwi Bin Syed Kassim1950-an
  8. Wan Abdullah bin Wan Ismail 1950 – 1952
  9. CheZainolAbidin1952 – 1953
  10. Shuib bin Wan Ali 1953 – 1955
  11. Wan Daud bin Wan Ali 1955 – 1958
  12. Encik Wan Anuar b. Wan Ishak ( Dato’ ) 1958 - 1961
  13. Encik Harun b. Hamzah1961 –1966
  14. Encik Abu Bakar b. Sulaiman( Dato’ ) 1966 –1969
  15. Encik Ismail b. Sulaiman1969 –1970
  16. YTM. Tunku Abdullah b. TunkuKassim ( Dato’ )  1971 –1972
  17. EncikMohd. Saad b. Endut ( Dato’ )     1972 –1974
  18. Encik Pakwan The b. Md Din 1974 –1976
  19. Encik Wan Said b. Wan Yusof1979 – 1977
  20. Encik Hashim b Abdul ( Dato’ )1977 – 1982
  21. Encik Kassim b. Murad 1982 – 1985
  22. Encik Hashim b. Mat Noor 1985 – 1988
  23. Encik Mohd. Omar b. Hj. Mohamed  1988 –1990
  24. Ku Nahar bin Ku Ibrahim1990 – 1992
  25. Dato Haji Mohamad bin Ishak1992 – 1996
  26. Haji Hassan bin Taib1996 – 1997
  27. Haji Abdul Wahab bin Abdullah 1997 – 2000
  28. Haji Shukri bin Haji Hashim2000 – 2001
  29. Dato Haji AbdMukthi bin Abdullah 2001 – 2003
  30. Dato Haji AbdWahab bin Bakar 2003 – 2005
  31. Haji Hashim bin Ismail 2005 – 2006
  32. Haji Mohamad Mohsin bin Dato' Hj Abd Rahman 2006
  33. Zakaria biMon Hashim     2006
  34. Haji Noh bin Hj.Dahya2006 – 2008
  35. Hj Ahmad Fisol bin Hj MD Nor 2008 – 2011
  36. Abdul Shukor bin Abdul Ghani 2011 – 2014
  37. Muhammad Helwi bin Harun 2014 – 2016
  38. Dato’ Dzahir bin Md Zain2015 – sekarang

 

Pejabat Tanah

PembayarancukaitanahdansegalaurusanberkaitandengantanahsebelumwujudnyaPejabat Tanah yang pertama di daerah ini dibuat oleh penduduk - penduduk di Kota Kuala Muda. Kota Kuala Muda ketika itu memainkan peranan utama di dalam pentadbiran negeri memandangkan ia menjadi pusat cukai pedagang yang keluar masuk ke negeri ini.

Pada masa itu, di daerahini, Jalan Gudang menjadi pusat pertambungan pedagang / penduduk. Dengan kedudukkan nya yang strategic maka pihak pemerintah telah pun membina sebuah Pejabat Tanah di situ sebagai pusat kutipan cukai tanah daerah yang pertama. Pembinaan itu dibuat bagi memudahkan penduduk tempatan membayar cukai dan tidak perlu berulang-alik ke Kota Kuala Muda lagi.

Tapak pembinaan Pejabat Tanah Baling yang pertama itu terletak betul-betul di tapak Rumah Amal Baling, di Jalan Gudang terdapat sekarang ini.

Tidak berapa lama dari itu, sekalilagi Pejabat Tanah berpindah tempat. Kali ini pejabat tersebut dipindahkan ke hadapan pejabat pos di dalam kawasan Masjid Ridzuaniah, Pekan Baling. Mengikut temubual yang diadakan harga bangunan tersebut ialah sebanyak RM7,000. Apabila Pejabat Tanah berpindah ke bangunan baru bersama-sama Pejabat Daerah di hadapan Balai polis sekarang ini, maka pihak kerajaan telah pon menyerahkan bangunan Pejabat Tanah kepada Persatuan Majlis Muhibbah Daerah Baling untuk dijadikan sebagai pejabat.

BangunanBaru

Sejaktahun 1980an lepas, Pejabat Daerah danPejabat Tanah Lama di dapati tidak lagi dapat menampung perkembangan pentadbiran yang semakin berkembang. Oleh itu perancangan telah pun dibuat oleh pihak kerajaan untuk membina bangunan baru yang dapat mengatasi masalah yang dihadapi seperti kekurangan kemudahan, ruang yang semakin sempit dan tidak sesuai dan lain-lain.

Pihak Kerajaan Persekutuan telahpun memperuntukkan sebanyak lebih kurang RM2 juta untuk membiayai pembinaan bangunan, pembelian alatan- alatan pejabat serta kemudahan-kemudahan.

Dengan bantuan Kerajaan Persekutuan, maka bangunan ini telah pun di reka bentuk dan dibina di tempat yang ada sekarang dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan lebih kurang RM2,000,000.00

 5