APLIKASI MOBILE WEB DAN KEDAHAPPS

WEB VERSI MOBILE

Mobile Web Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Baling

Cara melayari Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Baling menggunakan telefon bimbit anda.

  1. Pastikan telefon bimbit anda telah di set untuk sambungan 3G. (Hubungi penyedia perkhidmatan anda sekiranya anda tidak pasti).
  2. Sebagai alternatif, jika telefon bimbit atau PDA anda mempunyai sambungan WiFi, aktifkan WiFi anda dan cari sambungan WiFi pilihan anda. (Sila ingat bahawa kebanyakan perkhidmatan WiFi memerlukan langganan).
  3. Pilih pelayar yang terdapat dalam telefon anda (contohnya. Internet Explorer, Opera, Safari, Web Mobile, dll).
  4. Layari laman web menggunakan pelayar dengan menaip http://ptb.kedah.gov.my pada ruangan alamat.
  5. Atau sila scan QR Code dibawah menggunakan QR Code Reader di telefon bimbit anda.

    qr code ptb

  6. Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Baling di rekabentuk secara responsif dan akan bertindakbalas secara automatik terhadap peranti yang digunakan oleh pengguna.

    tabletptb     smartFone

 

KEDAHAPP
Aplikasi mudah alih KedahApps adalah satu inisiatif baru oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dalam menyediakan saluran maklumat pantas Kerajaan Negeri Kedah kepada rakyat dengan menggunakan telefon pintar Android dan iOS.

Ciri-Ciri
Senarai ciri-ciri yang disediakan adalah seperti berikut:

  1. Berita
  2. Acara
  3. Pengumuman
  4. Maklumbalas dan Aduan
  5. Tender/Sebut harga
  6. Direktori Pegawai
  7. Bancian
  8. InfoKedah

Informasi Kerajaan Negeri Kedah menjadi mudah, cepat, dan meluas kepada semua rakyat. "Transformasi Perkhidmatan Teras Kemakmuran Rakyat"
Ianya adalah Percuma.

Manual Pengguna untuk muat turun and Install aplikasi KedahApps ke telefon pintar/tablet

Langkah 1: Pastikan telefon/tablet disambung kepada rangkaian internet.
Langkah 2: Masukkan url http://kis.kedah.gov.my/kedahapps.apk dalam pelayar telefon/tablet untuk muat turun.

qr code kedahappsapks

Langkah 3: Bagi pengguna yang menggunakan komputer peribadi, sila gunakan perisian NeoReader untuk imbas QR Code di atas.
Langkah 4: Setelah selesai aplikasi KedahApps dimuat turun, ikut arahan seterusnya dalam telefon/tablet anda sehingga instalasi selesai.
Langkah 5: Bagi pengguna telefon bimbit Adroid atau iOS, anda juga boleh muat turun aplikasi di google play atau app store